Hati sudah suka.

Advertisements

Warkah.

WARKAH TERBUKA BUAT KEKANDA YB MUJAHID

Buat Kekandaku YB Dr Mujahid Yusof Rawa Kursus Perdana Haji bukan medan propaganda politik untuk menghasut bakal-bakal jemaah supaya marah dengan Kerajaan terdahulu dan pengurusan Tabung Haji yang lau. Jika YB berada pada kedudukan yang benar dan tiada apa yang hendak disorokkan, saya sekali lagi mencabar untuk YB Menteri *menggesa kerajaan menubuhkan segera SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA MENGENAI HAL EHWAL KEWANGAN DAN PELABURAN TABUNG HAJI. *

Biar rakyat mengetahui cerita sebenar. Daripada awal penubuhan sehinggalah hari ini tidak pernah dilaporkan Tabung Haji rugi, bahkan bermula 2009, keuntungan bersih setelah ditolak cukai dan zakat, keuntungan TH mulai melangkaui angka lebih RM1 Billion. Tiba-tiba naik YB Menteri, TH dikatakan rugi, akaun ditipu dan macam-macam tuduhan dan dakwaan. Jika benar akaun dimanipulasi, Jabatan Audit Negara adalah badan pertama perlu keluarkan kenyataan kerana selama ini merekalah yang mengaudit akaun dan laporan kewangan TH. Parlimen juga harus bertanggungjawab kerana dibentangkan dan diluluskan setiap tahun di Parlimen. Sebab itulah yang terbaik tubuhkan segera RCI sebagaimana janji Pakatan Harapan juga dalam manifesto mereka.

Hentikanlah mempolitikkan Kursus Perdana Haji. Biarkan bakal-bakal jemaah memfokuskan kepada hal-hal berkaitan penyempurnaan ibadah Haji dan bukannya dipaksa mendengar ceramah politik Kekanda mengapi-apikan perbalahan dan prejudis. Kadang-kadang terdetik, siapa sebenarnya Pembangkang atau Kerajaan ini?

Ikhlas,

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

24 Jun 2019

Sila Klik Link di Bawah